Teka Teki
12:14 PGTeka teki :)
1.Dalam banyak - banyak kuih,kuih apa yang orang makan tepinya tapi tengah tak makan?
Jawapan : Kuih donat
2.Dalam jenis burung,burung apa boleh berdiri jer,tapi tak boleh duduk?
Jawapan : Penguin
3.Ada satu benda, kita berdiri dia baring,tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita jalan dia pun ikut sama.
Tapi tanpanya kita tak ke mana.
Jawapan: Kaki
4.Banyak - banyak kenderaan,kenderaan apa yang paling tua?
Jawapan : Motosikal..kerana motor ada tongkat.. :P
5.Banyak - banyak bas,bas apa paling pandai?
Jawapan : Bas sekolah
6.Kering sangat kita jilat untuk buat ianya basah,bila basah baru dapat cucuk.Apakah itu?
Jawapan : Benang
7.Di dalam hutan ada 8 ekor burung, 4 ekor ditembak oleh pemburu,berapakah yang dah lari?
Jawapan: Burung terbang bukan berlari.. :D
8.Banyak - banyak kereta,kereta apa yang diperbuat daripada kertas?
Jawapan : Kereta mainan
9.Banyak - banyak haiwan,haiwan apa yang raja?
Jawapan : Singa
10.Apa benda ianya turun lambat,naik je cepat?
Jawapan : Hingus
11.Banyak - banyak mi,mi apa tak boleh makan?
Jawapan : Misai
12.Pekerjaan apa yang asyik menggali tanah je?
Jawapan : Penggali kubur
13.Tubuh ada satu,tapi ada 2 nyawa?
Jawapan : Ibu mengandung
14.Banyak - banyak tahi,tahi apa yang tidak berbau?
Jawapan : Tahi hidung
15.Ianya mempunyai bulu yang lebat dan ada batang.Apakah itu?
Jawapan : Jagung
16.Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapan: Spedometer bas lah…
17.Dalam dunia ni,berapa orang ada dekat bumi nie?
Jawapan : Senag je..Ada dua jenis,iaitu lelaki dan perempuan
18.Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
19.Apakah haiwan yang berkaki 3?
Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat mesti kakinya 4
20.Banyak - banyak haiwan,haiwan apakah yang kedekut?
Jawapan : Kuda.Kalau dia berlari mesti berbunyi "kedekut,kedekut"
0 ulasan